NADI E-sukan LMS - Teamwork & Peranan Dalam Pasukan Esukan
17 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 April 2026, bermula pukul 11.00 pagi, seorang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI E-Sukan yang bertajuk “Teamwork & Peranan Dalam Pasukan Esukan”.
Kelas ini menerangkan mengenai teamwork dalam pasukan merupakan elemen utama yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Setiap ahli perlu mempunyai komunikasi yang jelas, saling mempercayai, serta memahami strategi permainan secara menyeluruh. Kerjasama yang baik membolehkan pasukan bertindak pantas, membuat keputusan tepat, dan menyesuaikan diri dengan situasi permainan yang sentiasa berubah. Selain itu, setiap pemain mempunyai peranan tersendiri seperti ketua pasukan (leader), penyerang (attacker), penyokong (support), dan pemain taktikal. Pembahagian peranan ini penting agar setiap ahli dapat fokus kepada tanggungjawab masing-masing tanpa berlaku pertindihan tugas.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 2 : Gambar semasa kelas berlangsung.